Apakah keistimewaan yang ada pada Cordova?


0 Votes
Amirol
Posted August 3, 2011 by Amirol
Subject: Sejarah
Total Views: 397
BAB 6 TINGKATAN 4 : PEMBENTUKKAN KERAJAAN ISLAM :
: Kerajaan Bani Umaiyah tahap pertama di Damsyik &
: Kerajaan Bani Umaiyah Tahap Kedua di Cordova


Apakah keistimewaan yang ada pada Cordova?
Tags: SPM, Soalan Percubaan, Sejarah, Topik 2011, Tips

All Answers


0 Votes
Amirol
Posted August 3, 2011 by Amirol
Apakah keistimewaan yang ada pada Cordova?
  1. Kerajaan ini telah berjaya membina tamadun yang gemilang dalam bidang agama dan bukan agama.
  2. Cordova telah menjadi pusat ilmu pengetahuan di Eropah pada kurun ke 10 M.
  3. Abdul Rahman III telah mengasaskan pusat pengajian tinggi yang menjadi pusat ilmu pengetahuan di Eropah dan sebuah perpustakaan juga telah dibina semasa al-Hakam II.
  4. Wujud 17 buah pusat pengajian serta 70 buah perpustakaan di Andalusia.
  5. wujud sebuah universiti dan perpustakaan besar yang menjadi tumpuan pelajar dari seluruh dunia untuk menimba ilmu pengetahuan.
  6. Bangsa Eropah telah mempelajari pelbagai ilmu daripada sarjana Islam yang berkembang di seluruh Andalus bukan sahaja di bandar Cordova, tetapi juga di bandar-bandar lain seperti Seville, Toledo, dan Granada.
  7. Sebuah unit terjemahan didirikan di Toledo untuk memperterjemahkan karya-karya Yunani kepada bahasa Arab.
  8. Orang-orang Eropah mendapat manfaat yang besar kerana berpeluang menimba ilmu pengetahuan daripada buku-buku terjemahan dan menerusi karya-karya sarjana-sarjana Islam yang terkenal.
  9. Cordova telah dianggap sebagai pusat kegemilangan ilmu dan telah menjadi jambatan kepada masyarakat Eropah.
  10. Dalam bidang seni bina, kerajaan Bani Umaiyah di Andalus telah membina beberapa buah masjid dan istana yang indah di Cordova dan Granada.
  11. Masjid dan istana di Andalus telah dibina dan dihiasi dengan tulisan khat ayat-ayat al-Quran dalam pelbagai bentuk yang melambangkan kesenian Islam.
  12. Dari segi ekonomi, kerajaan Bani Umaiyah di Cordova telah menubuhkan baitulmal yang memainkan peranan dalam mewujudkan sistem kewangan untuk mengimbangkan pendapatan dan perbelanjaan negara.
  13. Hasil barangan tembikar, barang-barang perhiasan emas, dan perak juga dihasilkan di Andalus.
  14. Cordova merupakan pusat kegiatan ekonomi dan perdagangan antarabangsa.
  15. Terdapat juga kilang membuat alat-alat senjata dan industri memproses kulit.
  16. Orang Islam Andalus juga turut memperlihatkan kemajuan tentang cara memajukan tanah pertanian seperti, adanya sistem saliran, memilih benih-benih tumbuhan, dan cara menyuburkannya.
*